BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 18 March 2013


   Assalamualaikum.. hari nie nak share somthing jgk.. psal keburukan tangan orang yang tak solat.. ish2..nauzubillah.. k0rang jangan la tinggal solat ek. Bukankah SOLAT tu TIANG AGAMA kita.. macamname kita nk dirikan rumah tanpa tiang.. 0f c0urse la tak jadi rumah kan.. dan merupakan tunjang kepada segala ibadah kita..and tinggalkan solat tu adalah d0sa besar dimana d0sanya lbih teruk daripada membunuh dan berzina... then, orang yang meniggalkanya adalah lebeyh hina daripada khinzir..nauzubillah.. okey, this story happened pada zaman Nabi Musa tentang seorang umatnya..
 Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.
Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.
Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat.  So, be careful yew.. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.
  Wallahu a’lam.  ^_^

Melintas depan orang yang tengah solat?

 Assalamualaikum semua.. moga sehat2 belake la ye.. hee.. actually, for a l0ng long time farah tak menc0nteng blog nie..fuh~ buzy la katakan..haha.. yeker? skit-skit je kot.. emm, but for today im g0ing to share s0mthing dat imp0rtant.. i think so. just a reminder for me and als0 for th0se yang meneroka blog yg serba kekurangan nie.. h0pely , farah b0ley beri a good inf0rmation as a muslim.. insyaAllah.. ^_^


Melintas depan orang yang tengah solat?


Pernah tak k0rang melintas depan orang yang tengah sembahyang? humm.. 
Lau pernah, maknanyew kita telah melakukan satu kesilapan yang besar. Perkara ini banyak terjadi antaranya selepas solat Jumaat. Para jemaah yang bergegas keluar dari dewan masjid, melulu tanpa perasan melintasi orang yang sedang mengerjakan solat sunat. Ikuti soal jawab ini mengenai hukum melintasi di hadapan orang bersolat.
Soalan : Apakah hukum dan juga dalil seseorang muslim tidak dibenarkan berjalan melintasi seseorang yang sedang bersembahyang (fardhu mahupun sunat). Apakah azab-azab yang telah disebutkan dalam ayat-ayat quran dan juga hadis yang berkaitan?
Jawapan : Banyak hadis yang menjelaskan tentang HARAM-nya melintasi orang yang sedang solat. Diantaranya, Dari Zaid bin Khalid bahawa Nabi SAW bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya kerana berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, nescaya ia lebih suka berdiri menunggunya sampai 40 musim daripada lalu dihadapannya“. (setengah riwayat mengatakan 40 tahun).
Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah. Berkata Ibnul Qayyim: “Menurut Ibnu Hibban dan lain-lain, hukum haram yang disebutkan itu ialah bila orang yang bersembahyang itu menggunakan tabir. Maka kalau tidak pakai tabir, tidaklah haram lalu di depannya.
Dasar ketentuan sesuai dengan hadis Nabi yang bermaksud: “Dari Muthalib bin Abi Wada’ah katanya, saya melihat Nabi SAW setelah selesai tawaf, berjalan melalui tempat tawaf, kemudian bersembahyang dua rakaat, sedang diantara baginda dengan orang-orang tawaf itu tidak ada tabir apapun”

walhualam.. ^_^